Syarikat ABU JIBRIL ENTERPRISE (AJE) telah didaftarkan pada 17 September 2019 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran TR020771
Pada 18/10/2019 ,AJE telah didaftarkan di dalam Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah SYARIKAT BINAAN GRED G1
Antara bidang-bidang kerja yang boleh dilaksanakan oleh AJE adalah seperti kerja-kerja infra, kerja-kerja jalan, landskap, kerja baik pulih bangunan dan kumbahan.
Selain itu juga, AJE juga turut menjalankan perniagaan pembekalan dan telah mendaftar sebagai kontraktor dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Terdapat beberapa jenis bidang kerja yang telah didaftarkan di bawah nama ABU JIBRIL ENTERPRISE termasuklah bidang pembekalan perkakasan elektrik, kontena/tangki, membersih kawasan, mengangkat sampah dan lain-lain.
AJE berkemampuan dan pernah melaksanakan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kami samaada dari pihak kerajaan mahupun swasta.
AJE mempunyai matlamat untuk mengembangkan lagi perniagaan pada masa yang akan datang demi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 selaras dengan Wawasan 2020.
Akhir kata, AJE berharap agar pihak kami dapat diberikan peluang yang sewajarnya untuk menunjukkan kebolehan syarikat kami dalam melaksanakan sebarang kerja yang diamanahkan kepada kami mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebagaimana motto kami yang berbunyi “KEPUASAN KLIEN KEUTAMAAN KAMI”.